Kadar Dividen KWSP 2016/2017

Kadar dividen KWSP 2016/2017 dan tahun-tahun lepas. Dividen KWSP yang diumumkan pada 2017 adalah dividen bagi tahun kewangan 2016.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menikmati pendapatan / keuntungan pelaburan dalam bentuk dividen tahunan. Kerajaan menjamin dividen tidak kurang dari 2.5 peratus setahun untuk Simpanan Konvensional (tiada jaminan untuk Akaun Simpanan Syariah).

Kadar dividen KWSP biasanya diumumkan dalam bulan Februari. Pembayaran akan dibuat secara dimasukkan terus ke dalam akaun KWSP ahli. Jumlah dividen boleh disemak melalui penyata kwsp online i-Akaun KWSP, dan melalui Penyata Kira-Kira Ahli yang di poskan kepada pencarum setiap tahun.

Kadar dividen KWSP EPF 2017 2016


Sejarah Kadar Dividen KWSP

Untuk menilai prestasi pelaburan KWSP, berikut kami senaraikan kadar dividen KWSP sejak tahun 1952 sehingga kini.

Tahun Peratus
2016 5.70
2015 6.40
2014 6.75
2013 6.35
2012 6.15
2011 6.00
2010 5.80
2009 5.65
2008 4.50
2007 5.80
2006 5.15
2005 5.00
2004 4.75
2003 4.50
2002 4.25
2001 5.00
2000 6.00
1999 6.84
1997 - 1998 6.70
1996 7.70
1995 7.50
1988 - 1994 8.00
1983 - 1987 8.50
1980 - 1982 8.00
1979 7.25
1976 - 1978 7.00
1974 - 1975 6.60
1972 - 1973 5.85
1971 5.80
1968 - 1970 5.75
1965 - 1967 5.50
1964 5.25
1963 5.00
1960 - 1962 4.00
1952 - 1959 2.50


Cara Kira Dividen KWSP

Dividen Tahunan KWSP dikira berdasarkan baki pembukaan simpanan ahli setakat 1 haribulan Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun ahli berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Semoga info mengenai dividen EPF di atas bermanfaat buat para pembaca khususnya pencarum KWSP.

Baca juga:

Click to go to top