Kalendar Islam 2016 Masihi / 1437–1438 Hijrah

|  4 comments

Berikut adalah kalendar atau takwim Islam dan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2016 Masihi / 1437-1438 Hijrah bagi Malaysia.

[Baharu] Kalendar Islam 2017 Masihi / 1438 - 1439 Hijrah

Kalendar Hijriah ialah kalender lunar, yang dikira berasaskan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

Ini berbeza dengan kalendar Masihi yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari (kalender solar). Satu tahun Masehi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.


Kalendar Islam Malaysia 2016

Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalendar Masehi/Miladiah (tulisan biru) dan kalendar Hijriah (tulisan merah). Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Kalendar Islam Masihi-Hijrah 2016M 1437-1438H

Legend: S=Sabtu, A=Ahad, I=Isnin, T=Selasa, R=Rabu, K=Khamis, J=Jumaat


Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2016 Bagi Malaysia

Tarikh Hijri

Tarikh Masihi / Miladi

Hari Perayaan / Kebesaran Islam

27 Rejab 1437 5 Mei 2016 Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1437 * 6 Jun 2016 Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 1437 22 Jun 2016 Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1437 * 6 Julai 2016 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1437 3 September 2016 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1437 * 12 September 2016 Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 1438 2 Oktober 2016 Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1438 12 Disember 2016 Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber : Takwim Hijri yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Boleh dimuat turun di sini.

4 comments

ammar haikal

ammar haikal

04 Oktober, 2015 21:22
yang awal muharam itu berlangsung di masjid negara pada 1muharam setiap tahun kan...
Sihat Ceria

Sihat Ceria

04 Oktober, 2015 22:06
@Balasan Ya... majlis bacaan Yasin dan doa selamat.
Unknown

Unknown

24 Ogos, 2016 15:18
9 ZULHIJJAH #QURANHOUR 9.00pm !
Tanpa Nama

Tanpa Nama

25 Ogos, 2016 08:51
amin

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel