Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2019

Makluman tarikh akhir pengeposan item Pos Laju sempena perayaan Tahun Baru Cina 2019. Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir perkhidmatan pengeposan dan permintaan pungutan Pos Laju sempena sambutan Tahun Baru Cina / Chinese New Year CNY 2019.

Untuk memastikan bungkusan pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum cuti perayaan Tahun Baru Cina 2019 (5 hingga 6 Februari 2019), pengeposan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 30 Januari 2019.

Bagi item Pos Laju yang dipos selepas 30 Januari 2019, serahan hanya akan dilakukan selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Tarikh Akhir Pos Laju Sempena Tahun Baru Cina CNY 2019

Semua Pusat Pos Laju akan ditutup mulai pada 5 Februari sehingga 6 Februari 2019 dan akan beroperasi semula pada 7 Februari 2019.

Berkaitan: